Di negara kita Malaysia pula, salah satu topik yang terdapat dalam sukatan pelajaran matematik dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM ) keluaran Bahagian Pembangunan Kurikulum (2012) yang terkandung di peringkat menengah atas iaitu dalam Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima adalah Kebarangkalian. Dalam Tingkatan Empat, Kebarangkalian diajar agar pelajar dapat memahami konsep ruang sampel, memahami konsep peristiwa, memahami dan menggunakan konsep kebarangkalian suatu peristiwa untuk menyelesaikan masalah. Manakala dalam Tingkatan Lima pula, Kebarangkalian diajar agar pelajar dapat memahami dan menggunakan konsep kebarangkalian suatu peristiwa, memahami dan menggunakan konsep kebarangkalian pelengkap suatu peristiwa, memahami dan menggunakan konsep keberangkalian peristiwa bergabung.
Namun begitu, tajuk Kebarangkalian yang merupakan salah satu topik yang baru dalam mata pelajaran Matematik Tingkatan 4 sekolah menengah. Para pelajar tidak mempunyai sebarang pengetahuan sedia ada yang berkaitan dengan tajuk ini kerana ianya tidak mempunyai sebarang kesinambungan topik daripada Matematik Tingkatan 1, 2 dan 3. Oleh itu, satu bentuk pengajaran yang berkesan dalam menyampaikan konsep Kebarangkalian mestilah digunakan kerana tajuk ini akan bersambung pada tahun berikutnya iaitu dalam Tingkatan 5. Dalam pada itu juga, tajuk ini didapati menjadi salah satu tajuk kegemaran pengguball soalan untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Oleh itu, salah satu cara yang difikirkan boleh menarik minat pelajar untuk memberi tumpuan terhadap pengajaran tajuk yang baharu ini, pengajaran berasaskan web ini telah dipilih.
dengan cara ini diharap para pelajar dapat mempelajari asas kebarangkalian dengan lebih mudah dan faham.
Sila klik pada tab yang berkenaan. Terima kasih.
dengan cara ini diharap para pelajar dapat mempelajari asas kebarangkalian dengan lebih mudah dan faham.
Sila klik pada tab yang berkenaan. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment